Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Remaja perempuan dikhuatiri lemas di Coco Cabana

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Operasi mencari Tan Mei Ling di sekitar kawasan Coco Cabana.

MIRI: Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas barangan miliknya ditemukan di kawasan tepi laut di Pantai Coco Cabana, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira jam 7.25 malam semalam, yang memohon bantuan mencari Tan Mei Ling, 15, setelah menyedari anaknya tiada di rumah.

“Bapa mangsa cuba menghubungi telefon bimbit milik mangsa tetapi panggilan itu dijawab oleh orang awam dan mengatakan barangan kepunyaan mangsa berada di kawasan tepi laut di Coco Cabana.

“Barang berkenaan adalah seperti beg tangan, telefon bimbit dan sepasang kasut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya pasukan penyelamat melakukan pencarian menggunakan sebuah bot dan pencarian turut dilakukan di kawasan darat di sekitar persisiran pantai Coco Cabana.

Katanya pencarian melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang