ARTIKEL

Gambar Hiasan

Remaja perempuan diperintah ke Sekolah Hendry Gurney kerana salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang remaja perempuan diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney Kota Kinabalu sehingga berusia 21 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan remaja perempuan berusia 18 tahun itu, sebaik sahaja pendengaran laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, kerana memiliki 0.11 gram methamphetamine di hadapan sebuah bangunan kerajaan di Jalan Sumber Alam, Kira-kira jam 11 pagi, 24 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah menahan seorang remaja perempuan di hadapan sebuah bangunan kerajaan di Jalan Sumber Alam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan dilakukan oleh anggota polis mendapati satu paket plastik lutsinar berwarna biru berisi ketulan kristal dalam beg silang yang digunakan oleh tertuduh.

Hasil siasatan mendapati laporan daripada Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan barang tersebut dadah jenis Methamphetamine seberat 0.11 gram.

Selain itu, saringan air kencing tertuduh juga dilaporkan positif dadah jenis Amphetamine dan Metamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

BERITA TERBARU