ARTIKEL

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas terbabas di bahu jalan

Remaja perempuan maut, motosikal berkuasa tinggi hilang kawalan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang remaja perempuan maut setelah motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dalam kemalangan jalan raya di Jalan Marina di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 12.58 pagi. 

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 18 tahun. 

“Siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana kemudian membuat pusingan-U menghala semula ke Tanjung Lubang. 

“Selepas membuat pusingan-U, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri. 

Selain itu katanya, kesan daripada kemalangan tersebut juga telah menyebabkan motosikal mengalami kerosakan teruk pada kesuluruhan bahagian motosikal. 

Ekoran itu, berdasarkan laporan yang dibuat, pihak polis telah membuka siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lain  Operasi SAR mengesan Illyas bermula
Mayat mangsa yang berada di bahu jalan

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,