Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Remaja sakit buah pinggang sejak lahir dibantu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Remaja sakit buah pinggang sejak lahir Crystal Tok Rui Ling dibantu.

KUCHING: Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang memberi bantuan berupa makanan kering kepada keluarga remaja pesakit buah pinggang iaitu Crystal Tok Rui Ling di Taman Flora Indah hari ini.

Menurutnya, keluarga tersebut sangat memerlukan bantuan daripada kerajaan atas masalah yang menimpa.

“Saya bersama Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut prihatin dengan nasib kurang baik yang menimpa keluarga ini dan cuba sedaya upaya untuk bantu apa yang mampu.

“Crystal berhadapan dengan masalah penyakit buah pinggang sejak lahir, justeru mereka memerlukan bantuan sewajarnya,” jelas Khere Chiang semasa lawatan tersebut.

Crystal Tok Rui Ling merupakan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghidap masalah buah pinggang sejak lahir.

Khere Chiang turut menasihati orang ramai supaya saling bantu-membantu masyarakat yang dalam kesusahan.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang