ARTIKEL

Remaja terharu terima kunjungan ADUN Repok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang remaja yang cedera dalam kemalangan gembira menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii ke rumahnya di Jalan Tung Yee, di sini, Jumaat lalu.

Ling, 20, yang cedera parah dalam kejadian Jun lalu itu, kini hampir pulih selepas mendapat rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak.

Tidak sekadar itu, Huang turut menyediakan bantuan penerbangan helikopter percuma bagi membolehkan remaja berkenaan menerima rawatan.

Pada masa yang sama pemimpin itu menghulurkan sumbangan katil boleh laras bagi memudahkan mangsa dirawat dan diuruskan oleh keluarganya.

“Tidak ada apa lebih mengembirakan saya melainkan melihat Ling sembuh. Semoga dia dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

“Saya juga berharap sumbangan yang dihulurkan ini meringankan beban remaja ini, ” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Selain Huang, kunjungan itu turut disertai pegawai dan kakitangan Pusat Khidmat DUN N.45 Repok.

Anggota keluarga Ling ketika ditemui menzahirkan rasa terima kasih atas tindakan pantas ADUN Repok itu menyelamatkan nyawa anak mereka.

“Terima kasih YB bantu kami. Tindakan pantasnya itu membuktikan beliau amat mementingkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat khususnya di DUN Repok,” jelasnya.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU