Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Remaja yang ditemui lemas di Sungai Batang Paloh disyaki dibaham buaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota SAR mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Polis.

TANJUNG MANIS: Seorang remaja yang dilaporkan hilang selepas mandi sungai berhampiran Rumah Wun Bekarkong di sini, dijumpai lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek berkata, mayat dijumpai kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi berkenaan pada jam 9.30 pagi.

Bomba mengambil mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan berikutan penemuan itu, operasi SAR ditamat dengan serta merta.

“Mangsa dipercayai dibaham buaya berikutan ada kesan gigitan haiwan itu pada anggota badannya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam kejadian pada jam 10.05 malam Khamis itu, mangsa dipercayai turun ke dalam sungai untuk mandi sebelum dilaporkan hilang.

Kejadian tersebut turut disaksikan oleh dua rakannya sebelum segera memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk kampung.

Beliau berkata menurut saksi kejadian iaitu rakannya, mangsa memberitahu dirinya kepanasan dan berhasrat untuk mandi di sungai berkenaan sebelum dilaporkan tenggelam.

“Setelah lebih kurang tiga minit rakannya menanti mangsa tetapi tiada kelibat mangsa naik ke atas, rakan mangsa terus memaklumkan kepada penduduk rumah panjang tentang perkara ini,” katanya.

Wan Umar menjelaskan sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.11 malam.

Operasi yang SAR bermula pada jam 8.30 pagi disertai enam anggota Bomba, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), empat anggota Polis, dua anggota Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan 24 orang penduduk rumah panjang.

Dalam pada itu, radius pencarian meliputi kawasan seluas lima kilometer.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang