Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Reman penjaga Eric dilanjutkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Reman ke atas dua suspek berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak, Eric Chang Wei Jie, 4, dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata lanjutan reman ke atas pasangan yang merupakan penjaga kepada kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu itu adalah sehingga 31 Mac ini.

“Orang Kena Tahan (OKT) disambung reman hingga 31 Mac ini.

“Mereka kini ditahan di Balai Polis Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Kedua-dua suspek sebelum ini direman sejak 11 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bersama-sama ibu dan bapa mangsa.

Pada 13 Mac, polis kemudian mengklasifikasikan semula kes kehilangan Eric disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.

Operasi pencarian Eric yang dipercayai dibunuh dan dibuang di jeti Muara Tebas, bermula pada 13 Mac kemudian dihentikan pada 19 Mac memandangkan tiada sebarang petunjuk ditemui.

Bagaimanapun, polis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam untuk tindakan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru