Rentas daerah tidak dibenarkan tanpa alasan kukuh

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengadakan lawatan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Siwa bersempadan Miri/Bekenu semalam bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, orang awam perlu mematuhi segala peraturan dan SOP ketat untuk merentas daerah atau bahagian.

“Orang awam terutama pengguna jalan raya yang cuba merentas daerah tanpa sebarang alasan kukuh tidak dibenarkan kecuali mendapat permit daripada pihak polis,” katanya di sini semalam.

Menurut Kim Shin, susulan kes Covid-19 masih belum stabil dan menunjukkan peningkatan ketara, segala SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dipatuhi.

“Kita perlu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di sini. “Disebabkan itu, kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan lebih ketat agar tiada individu berisiko memasuki daerah lain,” jelasnya

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021

Suara Sarawak