KUCHING: Pergerakan rentas daerah dari Zon Selatan ke daerah lain perlu mendapatkan kelulusan PDRM (permit polis) dan keputusan negatif bagi ujian RTK Antigen atau RT-PCR yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, keputusan ujian calitan Covid-19 untuk RTK Antigen dapat diperoleh dalam tempoh 30 minit, manakala RT-PCR adalah satu hingga tiga hari.
“Tempoh sah laku ujian calitan Covid-19 tersebut adalah tiga hari sahaja,” kata JPBN, hari ini.
Dalam pada itu, JPBN menegaskan bahawa keputusan berhubung perkara tersebut juga berkuat kuasa mulai hari ini (28 Ogos).
Untuk rekod, Zon Selatan melibatkan daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.