KUCHING: Rentas zon di Sarawak akan dikawal apabila menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurutnya, SOP mengenai rentas zon akan dikeluarkan esok apabila dikuatkuasakan pada Isnin depan.
“Esok kita akan berbincang dengan pihak polis dan akan mengumumkan perinciannya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.