ARTIKEL

Sekumpulan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain dengan replika kereta kebal yang dibina bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang - BERNAMA

Replika kereta kebal sepanjang dua meter semai Patriotisme kanak-kanak PPR Gua Musang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUA MUSANG: Inginkan kelainan dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak, penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang sepakat membina replika kereta kebal sepanjang dua meter sebagai hiasan sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Ketua Blok K, Shukri Idris, 55, berkata idea tersebut terhasil daripada perbincangan antara penduduk yang ingin menyemai patriotisme terutamanya pada generasi muda.

“Tempoh untuk menyiapkan replika terbabit memakan masa hampir sebulan dan kami lakukan ini bersama-sama dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

“Bermula dengan proses mencari buluh sehinggalah proses membuat rangka dan membina, semuanya dilakukan secara bergotong-royong,” katanya ketika ditemui pemberita di Blok K PPR, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shukri berkata meskipun ada penduduk yang terikat dengan pekerjaan lain, tetapi mereka tetap meluangkan masa dan berusaha mencari waktu untuk menyiapkan replika tersebut.

“Penduduk hanya dapat membuat replika ini pada waktu malam dengan masa yang terhad dan hanya dapat memberikan lebih masa pada hujung minggu untuk menyiapkannya, bersama kubu dan khemah serta menghias blok. Nampaknya ia berjaya menjadi tumpuan kanak-kanak di sini,” katanya.

Baca lain  Ambil peluang libat diri dalam ekonomi digital, noktahkan kemiskinan - Fahmi

Bagi Lee Man Theng, 42, pula berkata beliau sudah terbiasa hidup dalam keadaan harmoni dan saling tolong-menolong menghias kawasan tempat tinggalnya, setiap kali menjelang hari perayaan dan sambutan Hari Kebangsaan.

“Kira-kira pukul 8 malam saya bersama suami dan dua anak akan turun dan membantu menghias blok, adakalanya pada hujung minggu sehingga pukul 1 atau 2 pagi baru kami balik rumah, kerana membantu mengindahkan tempat ini.

“Seharusnya kita perlu mendidik anak-anak dari kecil untuk menghayati kemerdekaan dan berbangga dengan kebebasan hari ini, jadi kita bertanggungjawab memelihara keamanan yang dikecapi,” katanya yang sudah lima tahun menetap di Blok K PPR Gua Musang. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali