ARTIKEL

Abdul karim (enam kanan) bersama Wong Hon Hai semasa pameran yang diadakan sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini yang diadakan Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Majlis perasmian sambutan tersebut yang diadakan di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bersama-sama tetamu kenamaan lain.

Pada sambutan tersebut, pameran turut diadakan dan disertai beberapa jabatan muzium negeri termasuk Jabatan Muzium Sarawak.

Selain itu, tetamu yang hadir turut berpeluang mengunjungi reruai Sarawak dan antaranya ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasami dan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Hai.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Sherrina Hussain dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Nancy Jolhi turut hadir.

Terdahulu, Hari Muzium Antarabangsa 2024 telah berlangsung dari 13 hingga 22 Mei lalu dan Pulau Pinang menjadi tuan rumah kali ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual