ARTIKEL

Resipi keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Terdapat lebih 10 jenis pais suman lemantak dijual Nurul Hafi kah.

Antaranya suman lemantak udang, suman lemantak sotong, suman lemantak telur ikan tenggiri, suman lemantak ikan popot, suman lemantak udang, telur belangkas, otak-otak udang, hati pari dan banyak lagi.

Menariknya, pais suman lemantak ini bukan sahaja dijual pada Ramadan tetapi turut dijual pada harihari biasa.

Kebiasaannya dijual di Kampung Buntal selain mempunyai tapak niaga lain di Metrocity, Kuching.

Dia juga sering berniaga di tempat lain seperti di pesta ria.

Sehari, Hafi kah akan menjual 300 hingga 350 batang suman lemantak.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan pembaziran, Hafi kah akan menjual sekitar 300 batang suman lemantak pada hari pertama.

Jika 300 batang suman lemantak laris, hari seterusnya dia akan menambah kuantiti sehingga 350 batang sehari.

Ditanya bagaimana dia mendapatkan sumber makanan laut untuk suman lemantak katanya, “Kadang-kadang diperoleh di kampung atau kilang-kilang.”

“Tetapi untuk mendapatkan stok makanan laut seperti telur belangkas, harus tunggu musim,” tambahnya lagi.

Oleh itu, Hafi kah akan memborong telur belangkas daripada pembekal.

Telur belangkas itu kemudian direbus dan dimasukkan ke dalam penyejuk beku supaya lebih tahan lama.

Setiap peniaga mesti ada cabaran yang harus mereka tempuh, begitu juga dengan Hafi kah.

Selain pemprosesan membuat suman lemantak yang mencabar, dia juga mengalami kekangan dalam mencari daun apong yang digunakan untuk membalut suman lemantak.

Hafi kah harus ke hutan untuk mencari daun apong dan kadang-kadang terpaksa mencari daun tersebut sendirian.

Kini, semua peniaga amat terkesan dengan kenaikan harga barang yang turut mempengaruhi perniagaan peniaga.

Hafi kah turut merasai perubahan pada harga barang lebih-lebih lagi ketika membeli stok makanan laut.

Selain menjual digerai atau di bazar, dia juga membuka tempahan dalam talian.

Setakat ini, sebanyak 20 hingga 30 batang pais suman lemantak ditempah pelanggan.

“Biasanya memang ada yang membuat tempahan, lebihlebih lagi menjelang musim perayaan” katanya.

Pembayaran secara dalam talian juga disediakan bagi memudahkan pelanggan untuk membayar.

Pelanggan yang berminat untuk merasai pais suman memantak ini, boleh menghubungi dengan Nurul Hafi kah Fany menerusi Facebook Pikah Akish Lens.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli