Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Resort Borneo Highland kini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Karim selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak (STSC) di sini, hari ini.

KUCHING: Resort Borneo Highland kini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, ia susulan Mahkamah Persekutuan awal bulan lalu telah menolak permohonan Borneo Heights Sdn Bhd (BHSB), anak syarikat Country Heights Sdn Bhd, yang hendak merayu terhadap perintah Superintendent dan Survei yang melucutkan hak tiga bidang tanah bagi pembangunan resort Borneo Highland.

Justeru katanya, rancangan untuk mengindahkan dan memperbaiki resort itu telah dimulakan tetapi akan mengambil sedikit masa sebelum resort itu mula dibuka semula kepada orang ramai.

“Ia akan mengambil sedikit masa kerana (tempat peranginan) kerana sudah lama tidak beroperasi.  Rumput juga mula tumbuh sangat tinggi.  

“Kita telah mengamanahkan resort ini kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi mengelolakannya dan sejumlah peruntukan telah diluluskan oleh kabinet Sarawak untuk MPP dalam menyelenggara tempat peranginan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak  (STSC) di sini, hari ini.

Baca lain  Berat sama dipikul, setengah jam berjalan kaki pikul barang makanan

Karim juga tidak menolak kemungkinan pusat peranginan tersebut (Resort Borneo Highland) boleh menjadi seperti pusat peranginan Genting Highland, Bentong dan dalam masa yang sama mengendalikan kasino.

“Perkara ini nanti kita serahkan kepada Kerajaan Sarawak dalam menentukannya adakah boleh kasino dibina dan beroperasi di sana.

“Ia adalah satu idea yang baik jika dikendalikan dengan baik seperti negara Singapura yang juga melaksanakannya asalkan ia tidak mendatangkan masalah sosial,” tambahnya. 

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk bersabar dan memberi sedikit masa kepada Kerajaan Sarawak dalam membuat perubahan kepada resort ini.

“Jadi sekarang, berikan sedikit masa lagi untuk Kerajaan Sarawak tampil dengan pandangan baharu tentang apa yang mereka mahu lakukan dengan tempat itu tetapi sudah pasti, kami akan dirunding mengenai perkara itu,” ujarnya.

Untuk rekod, resort yang terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari pusat bandar raya Kuching itu merupakan satu-satunya pusat peranginan bukit tinggi di Sarawak ketika ini.

Sejak 20 September 1994, resort itu diletakkan di bawah Country Heights Holdings Bhd dalam usaha sama (JV) dengan Lembaga Jagaan dan Kemajuan Tanah Sarawak (LCDA).

Baca lain  Covid-19: Daerah hijau berkurang, Lundu kini berstatus kuning

Pada 2 November 2020, kerajaan Sarawak telah menamatkan konsesi yang diberikan kepada Country Heights Holdings Bhd melalui surat selepas gagal memenuhi perjanjian untuk membangunkan resort itu selepas lebih 10 tahun.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew;  Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan;  setiausaha tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datu Sherrina Hussaini;  Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Dennis Ngau dan Pengerusi Business Event Sarawak (BESarawak) Datuk Sri Abang Abdul Karim Tun Openg. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru