HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Restoran diarah tutup 14 hari, tidak patuh spesifikasi kebersihan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Notis dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching terhadap sebuah restoran di Metrocity, di Kuching.
Notis dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching terhadap sebuah restoran di Metrocity, di Kuching.

KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching telah menutup sebuah restoran di Metrocity, di sini hari ini kerana tidak mematuhi spesifikasi kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, restoran tersebut ditutup selama 14 hari mulai 16 Januari hingga 30 Januari.

Menurut Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKB Kuching, penutupan tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Keadaan restoran setelah ditutup oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Selain itu, satu notis kompaun dikeluarkan terhadap restoran tersebut kerana gagal mengekalkan kebersihan premis.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kesalahan tersebut boleh dikompaun RM1,000 atau didakwa di Mahkamah Majistret dengan izin Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Sementara tinjauan ke restoran tersebut mendapati keadaannya kotor selain terdapat taburan najis tikus dan urungan tikus.

Pekerja restoran yang ditemui juga mengelakkan untuk menjawab soalan yang diajukan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang