ARTIKEL

Mohd Shaid menunjukkan laporan polis pada telefon bimbitnya dan kesan simbahan cat di restoran miliknya di Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam, di sini.

Restoran milik bekas ADUN di Selangor disimbah cat merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA SELANGOR: Restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli, di Bandar Puncak Alam dekat sini disimbah cat merah dalam kejadian pagi tadi.

Beliau berkata perkara itu disedari pekerjanya yang menetap di asrama bahagian atas kedai tersebut kira-kira 2.53 pagi tadi selepas terdengar bunyi mencurigakan.

“Pekerja saya kemudian turun untuk memeriksa keadaan lalu mendapati bahagian tepi dan hadapan kedai disimbah cat merah, dan beberapa peralatan turut terkena cat.

“Selain itu, terdapat juga notis ditampal di dinding restoran yang menuntut penyewa premis sebelum ini untuk menjelaskan hutangnya,” katanya ketika ditemui di restorannya hari ini.

Mohd Shaid berkata kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000 dan percaya perbuatan itu dilakukan pengutip hutang (along) yang menuntut hutang daripada penyewa terdahulu yang turut mengusahakan masakan panas.

“Laporan polis telah dibuat pada 12.36 tengah hari tadi di balai polis Saujana Utama untuk keselamatan dan memohon rondaan dijalankan kerana bimbang kejadian itu berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan