ARTIKEL

Restoran terapung tawar menu klasik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI Linggi, di Alor Gajah yang bersempadan dengan dua negeri, iaitu Melaka dan Negeri Sembilan bukan sahaja memberi keunikan dari segi geografi, tetapi juga menawarkan juadah enak untuk dicuba.

Kawasan sungai itu yang menjadi habitat hidupan sungai terutama udang galah, memberi inspirasi kepada pemilik Restoran Terapung Sungai Linggi, Noor Alisa Ann Md Samian, 40, bagi menghidangkan menu klasik dari Negeri Sembilan, iaitu masak lemak untuk dinikmati pengunjung terutama pelancong dan kaki pancing.

“Memandangkan udang galah ialah hidupan paling banyak didapati di sekitar Sungai Linggi dan lokan pula sajian istimewa kawasan ini, jadi saya gabungkan dua hidupan sungai ini untuk menjadi menu tarikan.

“Jadi kami tawarkan hidangan klasik, iaitu masak lemak udang galah dan masak lemak cili api ikan siakap, manakala pelengkap bagi hidangan itu ialah lokan yang dimasak sama ada direbus atau dengan sambal,” katanya.

Terdahulu, Restoran Terapung Sungai Linggi @ Taman Lokan itu menerima kunjungan lebih 30 pengamal media dari Melaka dan Johor termasuk jemputan khas Tourism Malaysia Wilayah Selatan bagi memperkenalkan lokasi tarikan pelancongan di Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.

Noor Alisa Ann berkata, restoran yang baru beroperasi kurang dua bulan itu hanya menawarkan dua set hidangan dengan harga RM30 dan RM50, setakat ini sambutan amat menggalakkan.

“Rata-rata pengunjung yang tiba menggunakan perkhidmatan Eco Cruise Sungai Linggi atau tempahan secara persendirian yang dilakukan lebih awal.

“Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad kami sediakan menu klasik, manakala pada hari biasa kami tawarkan masakan panas (gorengan) buat pelancong atau kaki pancing yang singgah,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP