ARTIKEL

Rezeki berganda di musim tengkujuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEORANG petani muda di Kampung Kuala Tol, Gua Musang meraih keuntungan berganda pada musim tengkujuh apabila sekitar 2,000 pokok lada solok Taming Sari dan cili kulai yang diusahakannya secara fertigasi, meraih permintaan tinggi daripada pemborong.

Muhamad Aiman Yaacob, 24, berkata permintaan kebanyakannya datang dari kawasan terjejas banjir.

Beliau berkata sejak bermulanya Monsun Timur Laut 11 November lepas, sekitar 400 kilogram (kg) lada solok itu berjaya dituai dan dijual kepada pemborong setiap minggu.

“Saya dapat kelebihan berbanding petani di kawasan Kota Bharu dan Rantau Panjang pada musim tengkujuh ini kerana kawasan ini tidak ditenggelami air

. “Jadi tiada lambakan sayur-sayuran, malah permintaan pula melonjak menyebabkan harga pasaran pun meningkat.

“Tahun ini harga yang dijual kepada pemborong mencecah RM18 sekilogram berbanding harga asal RM10 bagi sekilogram,” katanya kepada pemberita.

Menurut siswazah Politeknik Ungku Omar, Perak, dalam Diploma Kejuruteraan Awam itu, beliau turut membuat analisis data berdasarkan rekod pada tahun-tahun lepas untuk meningkatkan keuntungan.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang membantu gerak kerja di kebun. Jangkaan hasil untuk musim ini adalah sehingga empat tan mengikut harga semasa,” katanya yang berkecimpung dalam bidang pertanian sejak 2021.

Muhamad Aiman berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya adalah perubahan cuaca dan harga pasaran.

Susulan itu beliau sering mendapatkan pandangan pekebun lain yang lebih berpengalaman selain mengikuti kursus dan latihan dianjurkan Jabatan Pertanian Daerah Gua Musang.

Beliau juga menjadikan media sosial sebagai rujukan untuk mengetahui harga pasaran semasa selain mendapatkan informasi daripada pemborong.

Muhamad Aiman menyarankan khususnya kepada anak muda agar tidak ragu-ragu untuk terjun ke bidang pertanian dan membuang tanggapan bahawa ia pekerjaan yang leceh.

“Saya sendiri mendapat ilham untuk bertani setelah melihat kejayaan seorang pengusaha kebun cili.

Bermula dari situ timbul perasaan ingin mencuba dan membuat kelainan di kampung ini,” katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU