Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Rezeki berniaga dari rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Emily Bulan, 37, tetap gembira dengan hasil diraih

KUCHING: Menjadikan rumah sebagai tapak utama untuk berniaga, Emily Bulan, 37, tetap gembira dengan hasil diraih.

Wanita berbangsa Kayan ini berkata, meskipun pelbagai cabaran termasuk pandemik yang melanda, namun urus niaga tetap berjalan lancar.

“Saya memulakan perniagaan dari rumah sejak 2014 setelah berhenti kerja sebagai Pengurus Cawangan Healthshop di Hospital Miri.

“Saya mula dikenali sebagai pembuat kek lapis kukus dengan menjual dalam talian pada masa itu,” katanya kepada Suara Sarawak.

Baginya, kaedah menyediakan perkhidmatan hantaran kepada pelanggan telah lama digunakan sejak dahulu dalam melayani pelanggan.

“Saya juga turut menerima tempahan katering untuk majli-majlis keramaian sebagai menambah pendapatan pada tahun tersebut katanya lagi.

Mengulas lanjut tentang perniagaan yang dijalankan sekarang, beliau mendedahkan bahawa kini dia telah mempelbagaikan jenis jualan dengan memfokuskan terhadap makanan.

“Saya bertekad untuk berhenti kerja sekitar 2013 kerana ingin menumpukan perhagian terhadap kelima-lima anak saya.

“Sejak itu, saya mengatur langkah dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang pada awalnya hanya mendapat tempahan dari keluarga dan teman terdekat,” katanya.

Baca lain  Bukan mudah menganyam kek

Beliau turut menambah bahawa dirinya tidak pernah menyangka produk kek lapis dan perkhidmatan katering yang diusahakan menjadi viral sekitar 2016.

“Pada masa ini, saya juga turut menjual makanan bertemakan ala-ala kampung seperti sambal petai, serunding selain masih meneruskan perniagaan lama.

“Saya juga mempunyai ejen tersendiri untuk mempromosikan produk ini di kawasan masing-masing,” katanya lagi.

Menurut beliau, perniagaan yang hanya bermodalkan RM300 pada awalnya ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan yang membeli.

“Saya anggarkan lebih kurang 100 hingga 150 bekas sambal petai yang terjual dalam sehari sepanjang beroperasi.

“Sekiranya tiada projek khusus, saya memang memfokuskan aktiviti ke arah perniagaan dengan mengambil tempahan menerusi media sosial,” katanya lagi.

Emily juga mendedahkan kunci utamanya dalam menjalankan perniagaan ini dengan tampil aktif mengemas kini perjalanan perniagaannya di media sosial.

“Saya membuka tempahan pelbagai produk dan akan membuat postingan dari masa ke semasa di media sosial.

“Salah satu produk paling digemari ramai ialah tiga variasi sambal iaitu sambal petai sambal bunga kantan, serunding campuran lima bahan dan juga set kelupis lauk rendang masak hitam dan kari.

Baca lain  MPKS disaran sediakan tapak niaga selesa

“Saya tidak mengehadkan tempahan kepada pelanggan, malah turut menyediakan di seluruh kawasan Miri dengan mengenakan caj serendah RM2 hingga RM5 berdasarkan lokasi,” katanya lagi.

Untuk jualan sambal, beliau mengenakannya harga RM15 satu balang mengandungi 250 gram.

“Setakat ini sambal dan serunding boleh di pos ke seluruh Sarawak menggunakkan perkhidmatan bas dan ke seluruh Malaysia menggunakkan perkhidmatan Poslaju.

“Saya memang menerima tempahan pelanggan tanpa mengira kawasan, selagi ia masih dapat dihantar ke lokasi tersebut,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau juga bangga dengan pencapaian yang diperoleh selama ini dalam dunia perniagaan, kerana aktiviti yang hanya suka-suka itu memberi rezeki kepadanya.

“Saya berharap pada masa akan datang saya berjaya membuka kedai sendiri untuk memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang digemari.

“Semoga perniagaan ini dapat diperluas ke peringkat yang lebih luas dalam memasarkan produk tempatan,” katanya lagi.

Pelanggan yang ingin mencuba produk Emily, sila hubungi talian 019 824 8379 atau layari Facebook Emy Emz.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru