HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Rezeki Hari Bapa Sedunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIMUNJAN: Sambutan Hari Bapa Sedunia tahun ini memberi rezeki melimpah kepada penduduk luar bandar di Simunjan, yang mahir membuat kek berkaitan sambutan. Antaranya, Christie Veller Anot, 36, dari Kampung Melanjok yang menerima banyak tempahan untuk dihadiahkan kepada bapa mereka yang menetap di kampung sekitar Simunjan.

“Saya menyasarkan untuk membuat sebanyak 30 kek sambutan Hari Bapa Sedunia tahun ini.

“Tetapi telah membuat sehingga 50 kek kerana tempahan yang banyak.

Malah saya terpaksa menolak sebahagian tempahan,” katanya.

Beliau telah membuka tempahan seminggu sebelum sambutan Hari Bapa Sedunia termasuk di laman Facebook Chris Home Bakery.

Christie berkata, kebanyakan yang menempah kek tersebut ialah anak-anak penduduk di Simunjan yang bekerja jauh, termasuk di Sabah dan Singapura yang mahu membuat kejutan kepada keluarga dan bapa mereka di kampung.

“Paling laris ditempah ialah kek yang ada hiasan bermisai. Keseluruhan 50 tempahan kek terbabit menghasilkan jualan sekitar RM3,000,” katanya.

Christie sudah tiga tahun mengusahakan kek di rumah dan menjadi tenaga pengajar pembuatan kek di bawah Rumpun Mesra.

Pelbagai perisa digunakan.

Harga yang dikenakan ialah RM30 hingga RM85 sebiji mengikut berat, manakala harga hiasan kek ialah RM5 sehingga RM17.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru