ARTIKEL

REZEKI HASIL LAUT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAUT menjadi punca rezeki dan pekerjaan tetap Sapari Abi, 59, untuk menyara keluarga.

Sapari berketurunan nelayan sering mengikuti atuknya ke laut sejak kecil.

Dia menjadi nelayan sepenuh masa selepas berhenti kerja di sebuah syarikat swasta ketika berumur 55 tahun.

Sebelum ini, nelayan hanyalah pekerjaan sambilan dan turun ke laut apabila cuti atau pada hujung minggu.

Bagi nelayan yang berasal dari Bako ini, antara cabaran menjadi nelayan ialah faktor cuaca seperti ribut petir, pulang dengan tangan kosong dan enjin bot rosak di laut.

Katanya, dia pernah melihat puting beliung sebelum membatalkan niatnya ke laut ketika itu.

Dia juga pernah mengalami kerosakan enjin mengakibatkan dia balik dengan cara berdayung lebih kurang dua jam sebelum diselamatkan oleh rakan nelayan yang lain.

Bukan itu sahaja, dia bahkan mempunyai pengalaman ditimpa ribut pada malam hingga menyebabkan dia basah kuyup dan kesejukan sehingga pagi.

Tambahnya, faktor ekonomi semasa menyebabkan dia sukar mendapatkan peralatan menangkap ikan baharu.

Walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi, hatinya sentiasa senang apabila turun ke laut mencari sesuap nasi untuk keluarga.

KEBAHAGIAAN SENDIRI

Apabila Sapari mendapat banyak ikan pada satu masa, ia 

cukup membahagiakan hatinya.

Antara kenangan manis yang tidak dilupakan apabila dia terjumpa seekor ikan kerapu seberat 17 kilogram yang timbul berdekatan bot dalam keadaan lemah.

Bersendirian, Sapari hanya ke persisiran pantai Laut Cina Selatan dengan menaiki bot selepas solat subuh.

Di samping itu, musim nelayan di pantai terbahagi kepada dua iaitu musim landas atau tengkujuh dan musim teduh. 

Bagi nelayan, maksud musim teduh ialah “laut licin” atau tiada gelombang, manakala musim landas pula laut bergelombang, hujan dan angin kuat.

Katanya, tidak banyak perbezaan tangkapan untuk nelayan pantai pada musim teduh, lebih kepada penangkapan ikan kembung, ketam suri, udang dan bawal.

Pada musim landas, ia lebih kepada udang gred B dan pelbagai jenis ikan yang diperoleh seperti ikan sembilang, belanak dan senangin.

MUSIM LANDAS MENCABAR

Sapari juga lebih suka ke laut apabila musim teduh kerana ia kurang mencabar daripada musim landas —tangkapan lebih mudah dan banyak tanpa gelombang.

Pada masa yang sama, hasil tangkapan Sapari dijual oleh isterinya di pasar basah Bako. 

Hasil tangkapan itu juga dijadikan ikan masin atau lauk untuk keluarga.

Apabila Sapari pulang awal dari laut kira-kira 10 sehingga 11 pagi, isterinya terus berniaga pada hari tersebut selepas waktu zohor.

Namun, biasanya Sapari ke laut pada pagi dan balik petang.

Oleh itu, hasil yang diperoleh dijual pada keesokan harinya di pasar tersebut. 

Sapari tidak mengharapkan lain, tetapi doa untuk diberi kesihatan berpanjangan supaya masih mampu ke laut dan mengisi perut sang isteri serta tiga anaknya.

Sehinggah anak-anaknya menghabiskan pelajaran dan mempunyai kerjaya masing-masing, mungkin dia memilih bersara sebagai nelayan. 

Selagi masih menjadi nelayan, Sapari ingin menjual hasil lautnya pada harga berpatutan terutamanya harga mampu milik untuk keluarga B40.

Sapari juga berpesan supaya menjadikan pekerjaan nelayan sebagai kerja sampingan kerana rakannya pernah berkata; “tidak menjadi kaya sekiranya terus menjadi nelayan”.

Pun begitu, dia percaya masing-masing mempunyai rezeki sendiri sama ada berjawatan tinggi, penjawat awam mahupun nelayan.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar