KUCHING: Di usia 24 tahun, Ellira Maharan mampu menjana pendapatannya sehingga mencecah RM60,000 sebulan menerusi perniagaan pakaian.
Hanya berbekalkan pengetahuan asas pasaran ketika menuntut pengajian dalam bidang pelancongan, beliau menjadikannya sebagai panduan dalam perniagaan yang diusahakan.
“Sebelum ini saya pernah bekerja di agensi pelancongan di Kuching dua tahun sebelum pandemik Covid-19. “Pada masa itu saya turut mengambil tempahan barangan melalui jualan dalam talian sebagai pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di kedainya ‘Jeans Kakak’ di Metrocity, Matang.
Menurutnya, selain memfokuskan perniagaan seluar jean, dia turut menawarkan pelbagai jenis pakaian lain pada harga mampu milik.Ellira berkata pihaknya sentiasa mengikut trend terkini dengan menawarkan pelbagai pilihan rekaan pakaian setiap minggu sebagai tarikan.
“Di sini, kami bukan sahaja menjual seluar jean bersaiz normal tetapi juga saiz besar khas untuk untuk lelaki dan perempuan. “Berdasarkan hasil jualan, kami dapati seluar jean bersaiz normal mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan sekitar Kuching,” katanya.
Menurut Ellira, kedainya turut menawarkan pelbagai rekaan pakaian mengikut tema perayaan yang diraikan oleh semua lapisan masyarakat.
“Untuk Raya tahun ini, kami menyediakan lebih 180 rekaan baju Raya bagi setiap golongan umur mengikut cita rasa terkini.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021