ARTIKEL

Foto BERNAMA

Rezeki RM60,000 untuk 24 atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata insentif tersebut diberikan kepada tiga atlet Sukan Komanwel dan 21 atlet Sukan SEA atas kejayaan mereka memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam temasya berkenaan.

“Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian ‘Kedah Fighter’ ini dan diharapkan kejayaan mereka itu akan membakar semangat atlet lain untuk bekerja lebih keras, berlatih bersungguh-sungguh mewakili negara, bertanding dan seterusnya memenangi pingat di kejohanan bertaraf antarabangsa.

“Walaupun ganjaran ini bukanlah nilai sebenar (atas pengorbanan atlet), namun ini adalah tanda penghargaan dan rasa bangga kerajaan negeri atas pengorbanan dan kejayaan mereka,” katanya pada majlis penyampaian insentif kemenangan kepada atlet Kedah di Wisma Darul Aman.

Menurutnya, atlet yang memenangi pingat di Sukan Komanwel menerima ganjaran berjumlah RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak manakala RM2,000 bagi pingat gangsa.
Beliau berkata bagi Sukan SEA, pemenang pingat emas menerima RM3,000, pingat perak (RM2,000), manakala pingat gangsa menerima RM1,000.

Baca lain  Misi memburu pingat bagi pesilat PPSAZK

Antara atlet Sukan Komanwel yang menerima ganjaran adalah Pearly Tan (badminton); Muhammad Aznil Bidin (angkat berat) dan Aifa Azman (skuasy) manakala bagi Sukan SEA, atlet yang menerima ganjaran adalah daripada sukan pelayaran, pencak silat, hoki wanita, taekwondo, badminton, ping pong, karate, angkat berat, kriket dan e-sukan. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual