ARTIKEL

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita.

Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka mempercayai setiap gunung memiliki keistimewaan tersendiri.

Sebagai penggemar aktiviti pendakian, penulis ingin menceritakan tentang destinasi terbaik untuk menyaksikan pemandangan indah di Lundu.

Untuk pemula yang ingin beriadah santai, kombinasi bukit dan pantai ini juga menjadikan Bukit Gondol sebagai pilihan tepat.

Bagi yang berada di luar kawasan Lundu, anda disyorkan untuk memulakan perjalanan lebih awal supaya selamat sampai ke Pekan Lundu sebelum meneruskan perjalanan ke pesisiran pantai Kampung Pugu.

Kedudukannya terletak di tepi pantai yang indah Kampung Pugu dikelilingi suasana kampung dan tanaman kebun penduduk di sekitar.

Pendaki boleh meletakkan kenderaan di tapak lapang yang disediakan dan memulakan perjalanan dengan menyusuri pantai sejauh satu kilometer sebelum tiba di kaki bukit. 

Sebelum memulakan pendakian, pastikan segala kelengkapan mencukupi termasuk pakaian lebih, selipar, tuala, topi atau skaf bandana untuk melindungi diri daripada cahaya matahari.

Jika anda berhasrat untuk berehat di puncak, bawa makanan ringan dan air mencukupi.

MASA PENDAKIAN

Bagi mereka yang pertama kali menjejak ke Bukit Gondol, mungkin laluan ke puncak bukit tersebut agak memenatkan.

Namun, bagi yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian, ia antara bukit yang paling mudah untuk ditawan di Lundu.

Langkah perjalanan di sepanjang pesisiran pantai menuju ke trek pendakian mengambil masa sekitar 45 minit sambil mendengar pukulan ombak.

AKTIVITI MENARIK

Dengan ketinggian bukit kira-kira 100 meter, pendakian ke puncak memakan masa selama satu jam bergantung tahap stamina masing-masing.

Keindahan gunung yang menjadi latar dan hamparan laut Cina Selatan pastinya mendebarkan perasaan setiap pendaki untuk tiba di puncak.

Menariknya, pendaki juga tidak hanya berhempas pulas mendaki dan balik dengan tangan kosong, namun boleh bermalam di puncak dengan melakukan aktiviti mengantung hammock atau buaian.

Sambil menyelimuti badan dengan kesejukan udara pada waktu subuh, pendaki pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri fenomena matahari terbit di sini.

Pendaki juga berkesempatan untuk disajikan dengan keindahan bimasakti pada waktu malam.

Justeru, segala keletihan bagaikan hilang sebaik melihat keindahan ciptaan Maha Pencipta apabila berjaya berada di puncak.

Semestinya, ia antara nikmat sebenar yang diburu oleh setiap pendaki.

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

SIMULASI HAJI CILIK

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji. Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan. Justeru,

BERITA TERBARU