ARTIKEL

Ribuan adakan bantahan terhadap kerajaan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUENOS AIRES: Ribuan penduduk turun ke jalan raya di ibu negara Argentina, Buenos Aires, pada Rabu bagi membantah kerajaan baharu negara itu walaupun pihak berkuasa dijangka menggunakan kekerasan terhadap mereka, kata ketua Parti Polo Obrero (Parti Pekerja) Eduardo Belliboni, lapor Sputnik.

“Ini adalah demonstrasi pertama, kami tidak membiarkan mereka melakukan pemotongan, esok ribuan orang berada di jalanan.

“Cadangan Menteri Kewangan Argentina, Luis Caputo bakal menjejaskan golongan pekerja,” kata Belliboni.

Demonstrasi itu menandakan ulang tahun protes yang berlaku 22 tahun lalu pada Disember 2001 terhadap pembaharuan kerajaan ketika krisis ekonomi teruk sedang melanda.

Pada masa itu, seramai 38 orang terbunuh selepas bertempur dengan polis. Pihak berkuasa baharu Argentina kemudian memperkenalkan peraturan baharu untuk demonstrasi itu.

Menteri Keselamatan Argentina, Patricia Bullrich berkata pihak berkuasa bakal bertindak jika peserta cuba menyekat jalan raya atau menghalang lalu lintas dan hanya dibenarkan berada di kaki lima.

Minggu lalu, Caputo berkata pihak berkuasa Argentina mengurangkan nilai mata wang negara itu, peso separuh berbanding dolar AS, selain pemotongan subsidi kerajaan untuk tenaga dan pengangkutan.

Beliau juga berkata projek infrastruktur di Argentina bakal dilaksanakan oleh pihak swasta tanpa sokongan kerajaan.

Javier Milei dilantik sebagai presiden Argentina pada awal Disember, berikutan kemenangannya dalam pilihan raya 19 November mengatasi Menteri Ekonomi, Sergio Massa.

Argentina kini menghadapi krisis ekonomi teruk dengan inflasi melonjak sebanyak 120 peratus sejak awal 2023.

Milei merupakan penyokong penggunaan dolar dalam ekonomi dan dasar luar negara berorientasikan kepada Israel dan Amerika Syarikat. Beliau juga menentang menyertai BRICS dan bekerjasama dengan China, Brazil dan Rusia.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU