Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Ribuan peminat banjiri padang Mesra MDDM Mukah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SIMBOLIK...ADUN Tellian, Royston Valentine (tengah) menyepak bola sebagai simbolik sebelum bermula perlawanan.

 

 

SIMBOLIK…ADUN Tellian, Royston Valentine (tengah) menyepak bola sebagai simbolik sebelum bermula perlawanan.

KUCHING: Hampir tiga ribu peminat hadir menyaksikan aksi persahabatan skuad Kuching City FC (KC FC) menentang pilihan Mukah di Padang Mesra MDDM Mukah petang tadi.

Ia merupakan lokasi persinggahan pertama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim sempena program siri jelajah pasukan terbabit bagi persiapan menghadapi kempen Liga Super 2023.

Perlawanan yang berlangsung tiga set dengan masa rasmi 90 minit mudah bagi barisan pemain The City Boys menguasai pentas saingan dengan kemenangan (8-0) dicatatkan.

Tempoh 30 minit pertama menyaksikan KC FC gah dengan dua gol menerusi jaringan Mohamad Alif Hassan dan import baharu, Sudi Abdallah.

Disusuli dengan lima gol pada 30 minit kedua hasil jaringan Mohamad Alif Hassan, Abu Kamara (2 gol) selain Kuziev Sirojiddin Salohiddin dan Ferreira Dos Santos Celio masing-masing menyumbat satu gol.

Manakala, satu lagi gol dijaringkan penyerang berpengalaman, Joseph Kalang Tie pada 30 minit terakhir.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut Adun Tellian, Rosyton Valentine yang turut diberi penghormatan menyempurnakan simbolik perasmian perlawanan itu.

Di samping Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandy Ali Hassan dan barisan Exco MuFA.

Skuad tersebut akan berkunjung ke dua lokasi berasingan iaitu Betong pada Khamis ini (26 Januari) dan ke Sibu pada Sabtu (28 Januari).

 UNTUK KENANGAN…Pemain Kuching City dan pilihan Mukah merakam gambar bersama-sama ADUN Tellian, Royston Valentine dan Iswandy Ali Hassan (berdiri, tengah).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru