ARTIKEL

Ivy Celine Olan Alex Lawai, 20 - pics n kapsyen tambahan: RAMIDI SUBARI

Ribuan penduduk sambut Ambang Tahun Baharu 2024 di Tebingan Sungai Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Warna-warni bunga api yang dipersembahkan pada malam ambang tahun baharu 2024, tepat jam 12 malam 31 Dis (Ahad) sekali gus menandakan berakhirnya tahun 2023.

Dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kiraan detik pertukaran tahun pada kali ini sekali lagi mencatatkan kenangan istimewa apabila ribuan pengunjung membanjiri kawasan sekitar Tebingan Sungai, pada malam tersebut.

Turut kelihatan, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan barisan tetamu kehormat yang lain.

Lebih istimewa, sambutan pertukaran baharu pada tahun ini turut merasmikan pemberian nama kompleks yang mendirikan bendera 99 meter tertinggi di Malaysia yang dinamakan Dataran Ibu Pertiwi.

Sambil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan dataran bendera Sarawak diterangi cahaya lampu berwarna-warni, ia mengindahkan lagi kawasan sekitar sambutan.

Dalam pada itu, Suara Sarawak sempat menemu bual beberapa pengunjung yang hadir pada malam pertukaran tahun baharu 2024, Ahad lalu.

Lahong Nelson Balan, 20, meluahkan keterujaan untuk menyambut pertukaran tahun baharu bersama-sama rakan-rakan dan pengunjung lain di Tebingan Sungai Kuching.

Selain menantikan pertunjukan bunga api, Lahong juga meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis tanah air, khususnya Amy Search.

“Antara sebab saya datang malam ini untuk menyaksikan persembahan legenda daripada beliau,” katanya.

Seterusnya, Ivy Celine Olan Alex Lawai, 20, seorang pelajar daripada Miri mendedahkan bahawa ini kali pertama menyambut pertukaran baharu jauh daripada keluarga.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dapat menyambut ambang tahun baharu bersama-sama sahabat yang lain,” katanya.

Sementara, Tebingan Sungai Kuching dipenuhi pengunjung seawal jam 8 pagi dengan pelbagai pengisian program menarik diadakan.

Manakala, pengunjung disajikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada artis tempatan pada malam berkenaan termasuk Datuk Amy Search; Datuk Zainal Abidin; Hael Husaini; Kumpulan Floor 88 dan Kumpulan De Fam.

Selain, turut menampilkan persembahan penyanyi tempatan iaitu Firdaus Materang, Raquel Then, Richmond Allan Morshidi, Bob Yunus dan Karen Libau.

Lahong Nelson Balan, 20
Pertunjukan bunga api berlangsung selama 10 minit menandakan berakhirnya tahun 2023.
HAEL HUSAINI… antara yang membuat persembahan pada malam pertukaran tahun, pada Ahad.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU