ARTIKEL

Ribut petir, angin kuat badai Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Banyak pokok dilaporkan tumbang di beberapa jalan di sini susulan dari hujan lebat berserta ribut petir yang berlaku lewat petang Rabu.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang dengan ribut kencang dan petir yang amat mengerunkan.

PIHAK berkuasa sedang mengalihkan pokok yang tumbang.

Antara lokasi kejadian pokok tumbang adalah di Jalan Dr Wong Soon Kai, Jalan Pahlawan, Jalan Deshon, Jalan Teng Chin Hua, Ulu Sungai Merah dan Jalan Merdeka.

Selain itu beberapa kediaman di sini dilaporkan turut mengalami kerosakan akibat dibadai angin kencang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh dalam catatan di laman sosialnya turut maklum mengenai kejadian.

Katanya, beliau ada menerima aduan daripada orang ramai berhubung kejadian.

KEROSAKAN salah satu pasar basah disebabkan kejadian tersebut.

“Ada juga pokok-pokok yang tumbang ini menghempap kenderaan tetapi setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa pergi ke lokasi pokok tumbang yang dilaporkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati melalui jalan yang terjejas ini atau kalau boleh elakkan. Saya memohon orang ramai untuk kekal berada di rumah pada malam ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengalihan pokok ini dijalankan bagi mengelak mencetuskan kesesakan lalu lintas,” tegasnya.

Ting juga turut memaklumkan beberapa lampu isyarat di sini tidak berfungsi akibat kejadian tersebut.

SALAH sebuah lokasi pokok tumbang di Sibu.

Beliau juga mengingatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian pokok tumbang atau yang berkaitan agar terus melaporkan kepadanya untuk tindakan segera.

Kejadian hujan lebat beserta ribut petir itu berlaku lebih kurang sejam dan telah membadai banyak tempat di Sibu sehingga menyebabkan beberapa kerosakan.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu melaporkan pihaknya dalam telah menerima aduan 15 kes pokok tumbang di sekitar bandar Sibu selepas hujan lebat beserta angin kencang petang ini.

Jurucakapnya berkata, kerja-kerja pembersihan pokok tumbang kini sedang dijalankan.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU