Ribut petir dan hujan lebat diramalkan di Sarawak hari ini

KUCHING: Ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, bahagian yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Katanya, ribut petir dan hujan lebat akan berlarutan sehingga jam 5.00 petang ini.