ARTIKEL

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang beberapa kawasan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak

KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak berkata, ia membabitkan Kuching, Samarahan (Samarahan, Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau).

Katanya, cuaca buruk tersebut berlarutan sehingga 7 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya hari ini.

BERITA LAIN

Sarawak rancang anjur SMeC berskala besar

KUCHING: Sarawak merancang untuk menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) berskala besar tahun hadapan susulan kejayaan penganjuran julung kali acara tersebut tahun ini. Timbalan Menteri di

BERITA TERBARU