KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka sehingga jam 3 petang hari ini,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.