ARTIKEL

Ribut petir, hujan lebat di tengah Sarawak sehingga 30 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

KUCHING: Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kawasan tengah Sarawak sehingga 30 Januari ini.

Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.

” Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 29 Januari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ramalan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 30 Januari depan.

“Keadaan ini juga berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

65 murid keracunan lepas makan kuettiau sup

SUNGAI PETANI: Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dekat sini dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi semalam. Yang Dipertua

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah flat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira