Ribut petir landa 8 bahagian di Sarawak

KUCHING: Beberapa kawasan diramal hujan, berdasarkan ramalan cuaca seluruh negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Di Semenanjung, antara kawasan yang diramal tidak mengalami hujan pada waktu pagi adalah Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala, bagi negeri yang dijangka hujan pula adalah Pahang diikuti beberapa daerah lain di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, kawasan yang mengalami hujan adalah Tawau, Sandakan dan Kudat manakala kawasan yang tidak dilanda hujan pula adalah kawasan pedalaman, pantai barat dan Labuan.

Bagi kawasan Sarawak pula, hujan akan melanda Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan manakala, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pula dijangka tidak mengalami hujan.

Pada sebelah petang, ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan pedalaman di Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, antara kawasan yang mengalami ribut petir di Sabah adalah kawasan Pedalaman, manakala kawasan yang mengalami hujan pula adalah Labuan dan beberapa kawasan di Pantai Barat, Tawau dan Sandakan kecuali bahagian Kudat.

Di Sarawak, ribut petir akan berlaku di beberapa tempat termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah pula tidak dilanda hujan.

Berlainan pula pada waktu malam, antara kawasan yang dilanda ribut petir di Semenanjung adalah beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Pahang manakala Kawasan yang tidak mengalami hujan adalah Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor kecuali Perak.

Di Sabah pula, ribut petir dijangka melanda Pedalaman, diikuti hujan di Pantai Barat, Sandakan dan Labuan dan tiada hujan di Tawau dan Kudat pada waktu malam. Manakala, beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu dijangka hujan kecuali Miri dan Limbang.