ARTIKEL

Pengerusi Eksekutif BMAS, Andenson Dato (kiri), penyanyi Ricky Andrewson (tengah) dan Ahli Lembaga Pengarah BMAS, Azri Hamdan (kanan) pada sidang media Majlis Pelancaran Video Klip Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Rickie Andrewson menjenamakan semula ‘Bekikis Bulu Betis’ dengan video klip baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelancaran video klip lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ oleh Rickie Andrewson merupakan penjenamaan semula video klip asal yang dinyanyikan oleh bapanya, Andrewson Ngalai, selepas 24 tahun lalu.

Penjenamaan semula video klip itu dibuat dengan kerjasama dan diterbitkan oleh syarikat Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd (BMAS) dan Persatuan Anak Borneo Semenanjung.

Pengerusi Eksekutif BMAS, Andenson Dato berkata, beliau berbincang dengan Rickie tiga bulan lepas tentang penjenamaan semula video klip lagu tersebut mengikut trend zaman terkini.

“Saya tergerak hati untuk menjenamakan semula lagu ini kerana ia begitu popular dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah peminat dari luar negara.

“Saya berasa bangga dengan lagu ini kerana ia bukan hanya dinyanyikan oleh bangsa saya (Iban) malah bangsa lain turut meminati lagu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Video Klip Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ di Pusat Beli-Belah Aeroville di sini, hari ini.

Tambahnya, penggambaran video klip tersebut melibatkan beberapa lokasi, iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah, serta sekitar 100 orang berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, penyanyi Rickie Andrewson berharap video muzik itu akan menerima komen positif daripada penonton setelah video itu dimuat naik dalam platform media sosial nanti.

“Video klip itu akan dilancarkan dalam masa terdekat di platform media sosial YouTube selepas meminta kebenaran daripada penyanyi asal, Andrewson Ngalai, iaitu bapa saya sendiri,” katanya.

Ricky menjelaskan, setakat ini video klip asal menerima tontonan seramai 12 juta dalam aplikasi YouTube.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU