ARTIKEL

Ringgit meningkat berbanding Dolar US dalam dagangan awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pada awal dagangan hari ini manakala permintaan yang stabil terus memberikan sokongan untuk mata wang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.

At 9 am, the ringgit stood at 4.7050/7110 versus the US dollar compared to yesterday’s close of 4.7055/7105.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar US masih bertahan, menunjukkan permintaan yang berdaya tahan terhadap mata wang AS dalam persekitaran jangkaaan bahawa penurunan kadar faedah akan berlaku.

Awal hari ini, keterangan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell kepada Kongres AS mencadangkan bahawa Rizab Persekutan (Fed) AS berada di landasan yang betul untuk menurunkan kadar faedah sekiranya data ekonomi memerlukan tindak balas sedemikian.

“Menurunkan kadar faedah terlalu awal dan terlalu lewat mungkin berisiko menyebabkan kelembapan ekonomi, Jerome Powell mengakui inflasi bukan satu-satunya risiko yang sedang dihadapi oleh Fed AS,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keputusan mereka mengenai Kadar Dasar semalaman (OPR) yang akan berakhir pada Khamis.

“Kami yakin BNM akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 3.00 peratus. Sekiranya Fed AS mula menurunkan kadar faedah pada September, ia akan mengecilkan jurang antara Kadar Dana Fed AS dan OPR.

“Ini sepatutnya memberi impak positif kepada ringgit menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9140/9179 daripada 2.9219/9252 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0158/0235 daripada 6.0273/0337 dan melonjak berbanding euro kepada 5.0870/0935 daripada 5.0923/0977.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4829/4876 daripada 3.4848/4887 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9187/9402 daripada 12.9268/9456 sebelumnya.

Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.4/290.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 berbanding 8.05/8.06 sebelumnya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja