ARTIKEL

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis, didorong oleh sentimen positif selepas bank pusat AS dijangka tidak melaksanakan sebarang pengurangan kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7140/7170 berbanding dolar AS daripada paras 4.7335/7400, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi  Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendiriannya berkaitan pengurangan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini, terbukti membantu memulihkan sentimen pasaran.

Malah, ringgit turut menyertai mata wang serantau lain yang mencatat pengukuhan berbanding dolar AS.

“Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS semalam adalah bukti jelas bahawa jangkaan berkaitan penurunan kadar faedah itu tidak terjejas.

“Sekarang hanya menunggu masa serta jumlah pengurangan bagi kadar faedah itu,” katanya kepada Bernama.

– Bernama

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU