ARTIKEL

Freepik.com

RINTANGAN INSULIN PENYEBAB KENCING MANIS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Rintangan insulin merupakan satu keadaan sel badan tidak menghasilkan tindak balas yang normal ke atas insulin. Hampir 45 peratus daripada populasi dunia menghadapi masalah ini.

Rintangan insulin meningkatkan risiko seseorang menghidapi penyakit ken-cing manis. 

Anda boleh sahaja mengalami masalah rintangan insulin bertahun-tahun tetapi tidak mengetahuinya kerana tiada gejala yang dapat dikenal pasti. 

Hanya dengan memeriksa paras gula dalam darah boleh menentukan sama ada seseorang tersebut mengalami masalah ini.

 Insulin ialah hormon penting untuk mengawal beberapa proses dalam tubuh kita. 

Masalah yang melibatkan hormon ini berkait rapat dengan banyak penyakit lain selain daripada kencing manis. 

Antaranya obesiti, tinggi paras kolesterol, tekanan darah tinggi dan masalah kemurungan.

Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes sering terjadi selepas seseorang mengalami masalah rintangan insulin. 

Malah, ia sering menjadi tanda amaran awal penyakit diabetes. 

Hanya dengan perubahan gaya hidup ke arah lebih sihat dan pemakanan seimbang dapat mengelak masalah ini semakin teruk.

Pilihan makanan yang tepat dapat mengawal selia kadar insulin dan gula dalam darah agar seimbang. 

Namun, jika anda mengalami rintangan insulin perkara ini agak sukar kerana tubuh anda tidak dapat menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan dengan sepenuhnya. 

Ini menyebabkan gula yang sepatutnya diproses menjadi tenaga bertambah banyak dalam darah dan akhirnya menyebabkan kencing manis.

KAWAL PENGAMBILAN GULA

 Untuk mencegah kencing manis, pemakanan seimbang membantu perubahan besar ke atas paras gula dalam darah. 

Jika anda menghidap kencing manis, pemakanan yang sihat juga dapat mengawal bacaan paras gula dalam darah.  

Oleh itu, wajar kita semua tahu tentang pemakanan spesifik mengelak masalah rintangan insulin.

Perkara ini agak mudah, anda hanya perlu kurangkan pengambilan lemak yang tidak sihat, gula, daging merah dan kanji yang diproses. 

Contoh kanji yang diproses ialah mi segera dan roti dalam pek. 

Selain itu, anda juga perlu banyakkan makanan terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan, ayam dan itik.  

Tabiat pemakanan sihat ini menjadi mudah jika anda ringkaskan menu pemakanan harian. 

Hal ini hanya dapat terjadi jika anda bermula secara perlahan-lahan dan tidak mendadak.  

Perubahan mendadak selalunya bersifat sementara.

Mungkin anda boleh bermula hanya dengan berhenti mengambil minuman berkarbonat dalam tin. 

Lama-kelamaan ia boleh menjadi kebiasaan dan selepas itu barulah anda mulakan dengan langkah seterusnya.

DIET DENGAN BETUL

 Mungkin anda mempunyai makanan kegemaran sendiri. 

Jadi sesuaikan pemakanan seimbang anda mengikut selera masing-masing. 

Pemakanan tersebut hendaklah pilihan kesukaan anda sendiri dan kena dengan kemampuan kewangan anda. 

Jika anda hendak mendapatkan nasihat sokongan, pakar pemakanan pasti dapat membantu merancang pemakanan yang sihat khas untuk anda.  

Ketika berdiet, pastikan anda makan mengikut waktu. 

Anda berkemungkinan beranggapan dengan tidak makan langsung sama ada sarapan, makan tengah hari atau malam, dapat mengurangkan kalori dan menurunkan berat badan. 

Namun, perkara ini hanya menyebabkan insulin dan paras gula dalam darah turun naik secara tidak sekata. 

Malah, ia juga menyebabkan lebih banyak lemak berkumpul di perut yang juga merupakan salah satu faktor rintangan insulin terjadi.

 Tumpukan lebih kepada kualiti makanan dan jumlah kalori yang diambil daripada tidak makan langsung. 

Pelbagaikan jenis makanan yang anda ambil dan pilih makanan yang tinggi vitamin, mineral dan serat.  

Kebanyakan pesakit tidak tahu bahawa mereka mengalami rintangan insulin sehinggalah mereka menghidapi kencing manis. 

Jika anda ragu-ragu akan risiko kencing manis yang anda mungkin alami, dapatkan pemeriksaan doktor untuk pengesahan.  

Pemeriksaan paras hemoglobin A1c dapat mengenal pasti masalah rintangan insulin dengan lebih awal berbanding pemeriksaan biasa paras gula dalam darah.

Jika anda dapat tahu dengan lebih awal masalah ini, pastinya tindakan awal yang sewajarnya juga dapat diambil agar ia tidak menjadi kencing manis pada masa hadapan.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan