Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

RISDA buka pejabat di Limbang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

LIMBANG: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membuka Pejabat RISDA Daerah Limbang, yang dijangka beroperasi pada Januari tahun depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dengan adanya pejabat baharu itu nanti akan memudahkan semua urusan pekebun kecil, pembayaran dan bantuan di bawah RISDA.

Ujarnya, pegawai RISDA di kawasan Limbang yang berada di bawah pentadbiran RISDA Miri mengalami kesukaran untuk memantau projek-projek pekebun kecil yang agak jauh terutama berada di kawasan Lawas.

“Urusan para pekebun-pekebun kecil getah yang bernaung dengan Risda akan menjadi lebih mudah dengan adanya pejabat ini.

“Selain Limbang, RISDA juga akan membuka pejabat baharunya di Daerah Kapit,” katanya ketika berucap pada Program Pekebun Kecil Makmur Risda di RH James Jimbau Kampung Semabat, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di DUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Ketua Pengarah Risda Abdullah Zainal.

Merakamkan gambar bersama.

 

Datuk Seri Mahdzir Khalid semasa berucap di majlis tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru