PELAKON Rita Rudaini, 47, meminta warganet berhenti mengaitkan nama bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama-sama anak.
Rita berkata, dia kini hidup tenang dan bahagia bersama-sama dua anaknya.
Justeru, dia bertanya kepada netizen; apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini?
“Adakah mereka pernah lihat saya kongsi di media sosial sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak sebelum ini?
“Saya mohon warganet tidak mengaitkan bekas suami dengan apa-apa yang saya kongsi di media sosial kerana tidak mahu mengganggu emosi anak-anak,” katanya.