Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Ritual muah tarikan Pesta Kebudayaan Borneo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Upacara muah iaitu ritual mengenai kematian dalam masyarakat Melanau antara program menarik yang akan dipertontonkan pada Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di Pentas Melayu/Melanau di Dataran Bandar Sibu Fasa I, 18 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentas Melayu/Melanau BCF Nazatusyima Bujang berkata, pertunjukan upacara itu belum pernah diadakan pada BCF sebelum ini.

“Walaupun BCF adalah persembahan kebudayaan, pada masa yang kita mahu mendedahkan kepada orang ramai bagaimana nenek moyang kita menjalani kehidupan mereka seharian yang penuh dengan adat resam.

“Kebanyakan ritual seperti ini sudah tidak banyak tidak diamalkan lagi.

“Jadi kita pamerkan semula untuk tujuan pendidikan atau pendedahan kepada masyarakat umum,” katanya pada sidang media di Wisma Sanyan, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pentas Melayu/Melanau BCF Ibrahim Laili, Setiausaha Jawatankuasa Pentas Melayu/Melanau BCF Safree Mohd Kassim serta ahli jawatankuasa yang lain.

Terdahulu, Ibrahim mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa berkenaan dengan penganjuran acara tahunan tersebut.

Katanya, pendedahan seperti ini akan memberikan informasi berguna mengenai adat resam sesuatu kaum di Sarawak.

Baca lain  Padah anjur parti liar, sembilan lelaki dikompaun dan seorang bakal ke tali gantung

“Menerusi pertunjukan ritual ini juga, masyarakat Melanau khususnya akan lebih mengenali asal usul mereka, terutama golongan muda,” tambahnya lagi.

Justeru, Nazatusyima menyeru warga Sibu dan masyarakat luar supaya memeriahkan Pentas Melayu Melanau dan menyaksikan sendiri keunikan upacara ritual itu nanti.

Ibrahim dalam pada itu memberitahu bahawa Pentas Melayu/Melanau akan bermula 18 hingga 24 Julai ini.

Beliau berkata, pada 21 Julai, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee akan merasmikan Pentas Melayu Melanau jam 8.30 malam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru