ARTIKEL

Rizab antarabangsa BNM AS$114.8 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Januari 2024.

Rizab antarabangsa berjumlah AS$115.1 bilion pada 15 Januari 2024.

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing AS$102.2 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM632.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.23 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.41 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.08 bilion), deposit lain (RM38.99 bilion), kertas Bank Negara (RM31.68 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.52 bilion). – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU