ARTIKEL

Rizal Mohd Zin dilantik sebagai CEO MBMR yang baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: MBM Resources Bhd (MBMR) melantik Rizal Mohd Zin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 2 Jan, 2024.

Menurut kenyataan MBMR pada Selasa, sebelum dilantik Rizal merupakan Ketua Pegawai Strategi Kumpulan MNRB Holdings Bhd dan sebelum itu beliau ialah Pengarah Pelaburan di Ekuiti Nasional Bhd dengan beliau memberi nilai tambah kepada firma portfolio itu menerusi pelbagai pelaburan dan nyahlabur.

Rizal, memegang ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Kejuruteraan dan Sarjana Kejuruteraan dari University of Cambridge, United Kingdom, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perancangan dan pelaksanaan strategi korporat, transformasi, pengurusan prestasi, penggabungan dan pembelian (M&A) serta pengurusan pelaburan.

“Lembaga pengarah, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja MBM Resources gembira mengalu-alukan kehadiran Rizal ke dalam kumpulan ini dan bersedia untuk bekerjasama rapat dengan beliau untuk meneruskan perjalanan kita ke arah menjadi kumpulan automotif terkemuka di Malaysia,” menurut MBMR.

MBM Resources (dan anak syarikatnya) adalah konglomerat automotif dengan pelaburan yang pelbagai dalam industri automotif, terdiri daripada dua bidang perniagaan teras iaitu perdagangan motor dan pembuatan alat ganti automotif yang meliputi roda keluli, produk kawalan keselamatan serta produk bunyi, getaran dan kekasaran (NVH).

LAIN-LAIN BERITA

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Kereta elektrik berharga RM179,000 hingga RM199,800

KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbarunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi. BYD

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun