Trending

Rizky Febian teruja dapat kembali ke Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENYANYI terkenal Indonesia, Rizky Febian berkongsi rasa teruja apabila dapat kembali ke Malaysia untuk konsert album jelajah BERONA DAY di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 November depan.

Bakal mengadakan konsert buat kali kedua di Malaysia selepas Julai lalu di Zepp Kuala Lumpur, Rizky berkata, konsertnya kali ini diadakan di lokasi lebih besar dengan kapasiti 5,000 penonton.

“Ini merupakan konsert kedua saya seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi penyanyi undangan untuk konsert Rossa pada Julai tahun ini.

“Sebelum ini, tiket konsert pertama saya di Zepp Kuala Lumpur habis dijual dalam masa sehari, jadi kali ini diadakan di lokasi lebih besar, di Megastar Arena dengan kapasiti 5,000 penonton,” kata Rizky memetik media tempatan. 

Dalam pada itu, Rizky memberitahu dia suka membuat persembahan di Malaysia kerana penerimaan peminat yang sangat menghargai setiap karya yang dihasilkan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru