ARTIKEL

RM1 juta dalam akaun bank lesap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang ahli perniagaan tempatan di sini menanggung kerugian apabila simpanan selama 20 tahun dalam dalam bank berjumlah RM1 juta lesap sekelip mata akibat penipuan bank.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata, mangsa yang ingin dikenali sebagai Lee, 39, telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali pada semalam yang mendakwa dari Pos Laju.

Katanya, pemanggil itu mendakwa terdapat bungkusan dikirim kepada mangsa dan meminta kata laluan bank satu kali (OTP).

Kong (dua kiri) menunjukkan rekod panggilan dari telefon Lee yang menerima panggilan yang mendakwa dari pos laju. Turut kelihatan Kiat Long (kiri), mangsa (tiga kiri) dan isterinya (empat kiri).

“Sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak, dia merasakan sesuatu tidak kena dan meletakkan panggilan.

“Selepas panggilan itu, encik Lee memutuskan untuk menyemak akaunnya dan mendapati RM1 juta telah dikeluarkan tanpa kelulusannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, di sini hari ini.

Kong berkata, berdasarkan rekod bank mangsa, wang miliknya telah dipindahkan ke akaun bernama Celcom Sdn Bhd.

Beliau memberitahu, mangsa hanya menjawab  panggilan telefon, bukan kes memuat turun perisian perosak (malware).

“RM1 juta yang dipindahkan dari akaun Encik Lee dalam dua transaksi, masing-masing bernilai RM500,000 setiap satu. Tiada OTP atau notifikasi dihantar kepada kepada Encik Lee.

“Tambahan pula, jika seseorang mengeluarkan RM20,000 dari akaun banknya menerusi kaunter, kebanyakkan bank masa kini memerlukan pemilik akaun untuk mengisi borang dan perlu menjawab beberapa soalan yang mewajarkan pengeluaran RM20,000 tersebut,” katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya pengeluaran RM20,000 menyukarkan, bagaimana dua kali pengeluaran sebanyak RM500,000 dapat dilakukan dalam beberapa minit?

Kong berkata, bank seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk membuat penyimpanan wang.

“Kini, kelihatan bank juga tidak selamat, jadi di mana kita, orang biasa boleh menyimpan wang simpanan kita?

“Ini adalah tanggungjawab asas kerajaan untuk melindungi harta rakyat dan oleh itu, kerana kesan dan implikasi serius penipuan ini, saya menyeru Kerajaan untuk bertindak segera ke atas perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata, mangsa telah membuat laporan kepada bank dan laporan polis berhubung transaksi tersebut.

Malah tambahnya, beliau bersama seorang lagi pembantu khas kepada Chieng Jen, Sim Kiat Long telah menemani Lee ke Maybank untuk membuat tindakan susulan terhadap aduan yang dilaporkan semalam.

BERITA LAIN

Polis Miri giat buru suspek kes pecah rumah

MIRI: Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Lot 13 Kuarters Kerajaan, Rumah Kenyalang, Jalan

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja