Trending

RM10 juta diperuntukkan, bina GiatMARA di Sebuyau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERUCAP… Zahid ketika Program Santuni Rakyat di SK Haji Bujang Sebangan, dekat sini, hari ini

SEBUYAU: Sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk membina GiatMARA dekat sini, bagi menyediakan kemudahan latihan kemahiran kepada anak muda.

Sekali gus, menjadi pemudah cara untuk golongan muda memperoleh peluang pekerjaan di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar pembinaan pusat latihan itu dapat dilaksanakan segera dan dimulakan pada tahun ini.

“Saya ingin membantu penduduk di sini supaya anak-anak muda mendapat latihan dengan mudah bagi mendapatkan pekerjaan, jadi saya umumkan RM10 juta untuk pembinaan GiatMARA di sini.

“Justeru, pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan GiatMARA diminta untuk memantau pembinaannya supaya dapat dimulakan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Program Santuni Rakyat di Dewan Terbuka, SK Haji Bujang Sebangan, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, beliau akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan lebih besar bagi membangunkan sekolah-sekolah daif khususnya di Sarawak.

Katanya, permohonan Ahli ADUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berhubung dua sekolah daif iaitu SK Haji Bujang Sebangan dan SMK Sebuyau akan diberi perhatian serius.

RAKAMAN KENANGAN.. Zahid (lima kiri) merakam gambar kenangan semasa lagu Jalur Gemilang

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru