RM13.62 perkukuhkan pengurusan hutan lestari

KUCHING: Sejumlah RM13.62 juta akan diperuntukkan tahun depan untuk pelaksanaan pelbagai projek bagi
memperkukuhkan amalan pengurusan hutan lestari d negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata projek itu merangkumi Program Pemulihan Landskap Hutan sepanjang Sarawak dan Penubuhan Pusat Kecemerlangan R&D Tanaman Hutan.

Selain itu beliau berkata projek yang turut dibangunkan adalah Penubuhan Pusat Penemuan Hutan Hujan Semenggoh dan Penyelidikan untuk Pengurusan Intensif Kawasan Kaya Bio (RIMBA) Sarawak.

Pada masa yang sama Abang Johari mengumumkan Pusat Servis Sarawak akan diperluas di Sri Aman
dan Bahagian Serian dan dijangka akan beroperasi pada pertengahan 2021.

Hasrat itu kata Abang Johari menepati slogan inisiatif strategik 1: Perkhidmatan Sarawak – Satu Kerajaan di Perkhidmatan Anda, Bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Sehingga kini, kami telah mengoperasikan pusat Perkhidmatan Sarawak di UTC Kuching, Sibu dan Miri di mana lebih daripada 700,000 pelanggan telah disantuni,” jelasnya ketika membentangkan Bajet Sarawak 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Suara Sarawak