ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Juanda (lapan kiri) merakam kenangan bersama penduduk Kampung Tian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, di sini, kelmarin. (FOTO: UKAS)

RM15 juta untuk dewan serba guna baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Kampung Tian Matu bakal mendapat dewan serba guna baharu bernilai RM15 juta bagi memudahkan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, projek tersebut akan dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) Fasa Satu.

“Dengan adanya dewan itu kelak, ia akan memudahkan masyarakat untuk mengadakan program dan melaksanakan pelbagai aktiviti di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Tian Matu di Pusat Sumber Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tian Matu, semalam.

Juanda yang juga ADUN Jemoreng memberitahu, tiada lagi rungutan penduduk mengenai kekurangan tempat letak kereta di kampung ini.

Juanda bersama penduduk Kampung Sok Matu dalam majlis tersebut. (FOTO: UKAS)

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Saripah Tuah angkun ngangkat pesaka Bisaya

ANGKUN deka nyaga kereban asal raban bansa Bisaya, Saripah Tuah, 44 bejalaika dagang ngelakuka semua kereban tradisional Bisaya awakka enda punas disegang arus pemansang dunya