Kerajaan mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara di seluruh negara.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata jumlah itu tambahan kepada peruntukan pembangunan berjumlah RM200 juta yang disalurkan melalui Belanjawan 2023 untuk penyelenggaraan fasiliti kuarters beberapa agensi di bawah KDN.
“Semoga pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara keamanan negara sentiasa dikenang serta dihargai buat selamanya,” katanya memetik perkongsian di Facebook.