HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

RM18.3 juta kutipan Zakat sudah diagih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Haji Abg Mohd Shibli Haji Abg Mohd Nailie

KUCHING: Setakat 13 April lalu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sudah mengagihkan sebanyak RM18.3 juta hasil kutipan zakat kepada asnaf di negeri ini melalui tiga program yang dijalankan.

Pengurus Besarnya Datuk Abang Mohd Shibli Abang Nailie berkata, ia diagihkan melalui tiga program bantuan yang melibatkan kebajikan, pendidikan dan institusi.

“Sementara setakat Mac lalu, kami sudah mengagihkan RM15.8 juta kepada golongan asnaf di seluruh Sarawak,” katanya pada Majlis Penyerahan Agihan Bantuan Pendidikan TBS, di sini, semalam.

Tiga program tersebut ialah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (Pendidikan), Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

Menurutnya, setiap tahun TBS menyumbang sekitar 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan hasil kutipan untuk program bantuan pendidikan. “Ini kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan seseorang individu terutama golongan asnaf untuk berjaya di masa hadapan.

“Sementara untuk program hari ini (semalam), kami menyampaikan bantuan kepada pelajar institut pengajian tinggi melibatkan sejumlah RM33,000 kepada 15 penerima asnaf,” ujarnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Apr 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Cabaran berniaga kek

KUCHING: Minat membuat kek dan berkeinginan untuk membuka perniagaan sendiri

Inflasi kekal tinggi

KUALA LUMPUR: Meskipun trend pertumbuhan dijangka sederhana, inflasi keseluruhan diunjurkan

Proton umum X90

SUBANG JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru