ARTIKEL

Michael Tiang

RM19 juta untuk naik taraf klinik kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 39 klinik kesihatan usang termasuk enam di kawasan bandar seluruh negeri ini akan dinaik taraf dengan peruntukan berjumlah RM19 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, daripada jumlah tersebut hanya satu klinik yang akan dibina semula di bawah dana tersebut yang disalurkan bagi tahun ini.

“Manakala, baki 38 projek lagi hanya akan melibatkan penambahbaikan infrastruktur, mendapatkan peralatan dan meningkatkan perkhidmatan perubatan di kawasan yang kurang mendapat akses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh berhubung rancangan untuk menaik taraf klinik desa yang usang dan kurang kemudahan di Sarawak Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah konsisten melaksanakan program untuk menaik taraf kemudahan penjagaan kesihatan termasuk klinik desa di seluruh negara.

Katanya, jumlah klinik usang dan kemudahan kesihatan berdasarkan sistem penilaian dan pemarkahan baharu yang dilaksanakan oleh jabatan pada Disember tahun lalu adalah 206 klinik yang merangkumi 51 klinik usang di kawasan bandar.

“Pada 2023, KKM meluluskan sejumlah 39 projek bernilai RM8.497 juta untuk Sarawak bagi menaik taraf klinik usang dan kemudahan penjagaan kesihatan seperti pembaikan sebahagian infrastruktur, penyediaan air terawat, pendawaian semula, penggantian genset, pengecatan semula dan lain-lain. Kesemua projek ini telah disiapkan pada tahun yang sama,” ujarnya.

Michael Tiang

BERITA LAIN

Politik stabil, pelbagai agenda pembangunan lancar

BINTANGOR: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung

BERITA TERBARU

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan